Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pembabitan Malaysia dalam bidang
penerokaan angkasa lepas bermula pada awal 90-an sedangkan bidang tersebut
telah diceburi lebih awal lagi oleh sesetengah negara lain. Pada mulanya rakyat
Malaysia tertanya-tanya sama ada penglibatan dalam bidang angkasa lepas itu
benar-benar berbaloi dengan kos tinggi yang dilaburkan. Walau bagaimanapun,
persoalan itu telah terjawab apabila Malaysia diakui sebagai antara negara yang
memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia.
Belakangan ini, Malaysia terus
mengorak langkah dalam bidang tersebut apabila melaksanakan program
penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas melalui kerjasama dengan
beberapa buah negara lain. Pemilihan calon angkasawan pertama negara tidak
menghadapi sebarang masalah kerana ramai peserta telah menawarkan diri untuk
menyertainya. Calon-calonnya terdiri daripada pendidik, doktor, jurutera,
saintis dan juruterbang. Kejayaan program ini memberikan impak yang besar
kepada negara untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Melalui
program ini juga, negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan
negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Secara tidak langsung,
kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi
cara mereka bekerja dalam bidang tersebut.
Masyarakat, yang pada suatu ketika
dahulu ragu-ragu akan manfaat penerokaan angkasa lepas, kini menerima hakikat
bahawa sistem komunikasi yang semakin canggih ialah hasil daripada penerokaan
angkasa lepas. Kecanggihan sistem komunikasi ini, seperti penggunaan internet,
telah menyebabkan bidang perniagaan dan pemasaran semakin meluas. Kita boleh
mencontohi negara-negara maju yang menggunakan internet untuk tujuan penyelidikan
dalam pelbagai bidang. Selain itu, peluang pekerjaan dan perkhidmatan turut
berkembang seiring dengan perkembangan sistem komunikasi ini.
Satu lagi bukti pembabitan Malaysia
dalam bidang angkasa lepas ialah pelancaran tiga buah satelit ke angkasa lepas.
Menerusi pelancaran satelit ini, sistem komunikasi negara terus berkembang maju
yang akhirnya dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat. Kerja-kerja pemetaan,
pengawalan dan pemantauan alam sekitar dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui
satelit. Sesungguhnya, kejayaan dalam penerokaan angkasa lepas ini bukan sahaja
dapat memperluas bidang tersebut, tetapi turut memberikan suntikan dalam
perkembangan bidang-bidang lain seperti pendidikan, penyelidikan, dan
perubatan. Program penerokaan angkasa lepas ini mempunyai peluang cerah untuk
berkembang pada masa hadapan. Oleh sebab itu, langkah yang sistematik harus
diambil supaya suatu hari nanti Malaysia dapat melahirkan lebih banyak
angkasawan bagi membuktikan kehebatan negara dalam bidang angkasa lepas.
Dipetik dan diubahsuaikan daripada
'Meneroka Angkasa Lepas' oleh Haslin Ghafur,
Utusan Malaysia, 26 Mei 2006
Rangka jawapan.
Petikan membincangkan
faedah-faedah (kebaikan-kebaikan) penerokaan angkasa lepas di Malaysia.
Faedah-faedahnya ialah
__________________________. Selain itu, _________________________.
Seterusnya, _______________________________. Di samping itu
____________________________. Selanjutnya, _________________. Selain
itu, _______________________________.
Cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas ialah ___________________________________. Selain itu,
___________________________________
Kesimpulannya,
semua pihak haruslah bekerjasama bagi menyokong/meningkatkan (cadangan) _______________ (tajuk) agar ________________ (harapan).
Contoh jawapan di sini.
0 Comments