Baca Petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pada masa ini Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha
untuk memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan
hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan
pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kenal jati diri. Walau bagaimanapun,
hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan,antaranya termasuklah
disiplin murid di sekolah-sekolah.
Untuk mengatasi
masalah ini, kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani
Gejala Disiplin. Sehingga penghujung tahun 2004, sebanyak 250 pendapat awam
diterima di samping ratusan aduan yang dikategorikan dalam masalah salah laku
murid. Tindakan lain yang diambil oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan
membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah.
Dengan cara ini, Kementerian Pelajaran akan mendapat maklumat tentang masalah
disiplin dengan lebih tepat. Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan
tentang masalah disiplin. Selain itu , maklumat boleh disalurkan menerusi
sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab.
Bagi menangani masalah disiplin yang berat, pihak sekolah
dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis. Sekiranya perlu, pihak
polis dibenarkan untuk menahan murid yang berada di luar kawasan sekolah pada waktu
persekolahan. Kementerian Pelajaran telah mengingatkan pihak sekolah bahawa
mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib jika menyembunyikan kes disiplin
yang berlaku di sekolah masing-masing. Hal ini demikian kerana Kementerian
Pelajaran menerima laporan bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah, terutamanya
sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka.
Sebenarnya masalah
disiplin yang berlaku ini boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada
seperti mengenakan hukuman rotan, denda,gantung sekolah dan buang sekolah.
Namun demikian, sebelum hukuman dikenakan, setiap kes itu mestilah disiasat
puncanya terlebih dahulu. Tindakan ini diambil supaya kita dapat berlaku adil
kepada murid tersebut kerana ada murid yang melakukan kesalahan disiplin semata-mata
kerana ingin akan perhatian dan mereka sebenarnya bukan penjenayah. Kita akui
bahawa masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem
pendidikan. Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan
Kementerian Pelajaran melaksanakan peranan masing-masing. Dengan itu, akan
tercapailah hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
(Dipetik dan
diubahsuaikan daripada
“Realiti Semasa
Masalah Disiplin Pelajar”
Oleh Noor Khairiyati
Mohd. Ali
Dewan Masyarakat,
April 2005)
Rangka jawapan.
Petikan membincangkan langkah-langkah/cara-cara/kaedah-kaedah menangani masalah disiplin di negara kita.
Langkah-langkahnya/Cara-caranya/Kaedah-kaedahnya ialah __________________________. Selain itu, ________________________________. Seterusnya, _______________________________. Di samping itu ________________________________. Selain itu, _______________________________.
Kesan masalah itu kepada negara ialah ___________________________________. Selain itu, ___________________________________
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah disiplin supaya kita dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera.
Contoh jawapan di sini.
0 Comments