Frasa, ayat, ungkapan yang menarik dan matang untuk karangan Bahasa Melayu SPM

DIMENSI
MENARIK
MATANG














REMAJA
- “Jika diberikan aku seratus orang tua, nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang tertangkup tetapi, jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat mengegarkan dunia”. Bait-bait susunan retorik yang penuh puitis daripada mantan Presiden Indonesia, Soekarno menjadi satu menifestasi dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi muda.

- Pujangga pernah mengatakan bahawagenerasi berwawasan pemangkin pembangunan negara dan sememangnya kata-kata ini tidak dapat disangkal lagi.

- Remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21 tahun merupakan golongan yang menempuh alam kritikal dan penuh dengan perasaan sering menganggap bahawa segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain dan suka mencuba sesuatu yang baharu.

- Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti kapal tanpa nakhoda.

- Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada remaja.

- Generasi hari ini sudah mula mengabaikan ajaran dan didikan agama kerana mereka berpendapat bahawa ajaran agama adalah jumud dan sudah ketinggalan zaman. Natijahnya, wujudlah kelompok masyarakat yang mempunyai keimanan yang rapuh dalam diri mereka.

- Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat  mencintai hiburan.
Bill Gates – sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah..

- Soekarno, Presiden Indonesia pertama – Berikanlan saya sepuluh orang remaja, pasti saya akan gegarkan dunia.

- Setiap remaja Islam hendaklah memastikan tidak meninggalkan solat lima waktu sehari kerana Allah S.W.T berfirman bahawa sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

- Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

- Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan mutiara yang paling berharga untuk menjadi pelapis kepimpinan negara.

- Berdasarkan salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain.

- Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang syumul / holistic / kamil.

- Menurut pakar motivasi yang tersohor dan disegani masyarakat Melayu, Datuk Haji Dr. Fadzilah Kamsah, banyak anak muda yang terperosok ke dalam kancah maksiat, seperti sumur di tepi jalan, siapa haus boleh minum (perempuan sundal
- Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada golongan pelajar kita pada hari ini terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.

- Menerusi Kementerian Belia dan Sukan, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan remaja memanfaatkan hidup remaja dengan aktiviti berfaedah.

- Pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia perlu bertindak tegas terhadap unsur negatif yang berleluasa dalam masyarakat kita terutamanya apabila melibatkan remaja kita.

- Dalam RMK-9, sebanyak 20.6 peratusdiperuntukkan untuk meningkatkan kualiti modal insan dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu

- Mantan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek,  belakangan ini, remaja begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan  sebaya serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara.

- Mantan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek pernah menyuarakan pendapat bahawa , “Para belia harus diasuh dan dididik agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa”.

- Hal ini cukup bertepatan dengan langkahKementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak.

- Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah.

- Menurut Prof. Dr. Fatimah Yusoff, seandainya mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan kononnya lebih memahami perasaan mereka, dengan mudah mereka mengikut mereka ponteng sekolah dan melepak di pusat beli-belah dan sebagainya.

- Kajian juga mendapati hampir 80 peratusanak-anak bukan saja dapat melayari Internet, malah mereka mempunyai pelbagai kemudahan seperti facebook, twitter dan laman sosial lain untuk berhubungan manakala hanya 20 peratus untuk belajar. Mereka ini akhirnya terpengaruh dengan…

- Kajian didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman sosial ‘facebook’ rasminya hampir 50 peratus daripada individu terbabit ialah remaja perempuan belasan tahun.

- Menurut teori komunikasi terkenal, ‘Magic Bullet Theory’ yang diperkenalkan Katz dan Lazarsfeld pada 1955 misalnya mengandaikan bahawa televisyen memberikan kesan negatif  kepada penonton secara langsung dan segera seperti peluru dengan penonton cenderung untuk percaya semua perkara dilihat,sekali gus boleh mempengaruhi tingkah laku mereka.

  -  FOMCA (Persatuan Pengguna Malaysia)  mendedahkan kajian yang dibuat pada 2005 yang  membabitkan penggunaan peralatan berskrin seperti televisyen, komputer dan telefon bimbit mendapati golongan muda menghabiskan 73 peratus masa lapang mereka dengan menonton.

- Kajian  yang dijalankan ke atas remaja berusia 12 hingga 18 tahun masing-masing 42.7 peratus lelaki dan 57.3 peratus perempuan turut mendapati faktor lain berpunca daripada rasa ingin bebas daripada kongkongan, pernah bergaduh dengan anggota keluarga dan rakan selain pengaruh ajakan rakan-rakan.






IBU BAPA
- Ibu bapa perlu bertindak sebagai egen pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana kecemerlangan anak-anak

- Keluarga pasti menjadi nukleus utama untuk kejayaan anak-anak. Keluarga merupakan institusi tertua yang menentukan arah dan hala tuju seseorang.

- Anak-anak ibarat sebusuk-busuk daging dibasuh dikincah dimakan juga. Walau seberapa buruk sekalipun, kasih sayang tidak pernah luntur. Oleh itu, tidak wajar ibu bapa mengabaikan anak mereka lantaran anak-anak sudah mencecah usia remaja.

- kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan

- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif.

- Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim

- Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa akan tanggungjawab hakiki mereka untuk mendidik anak yang mendahagakan kasih sayang mereka.

- Peribahasa mengatakan bahawa tiada harimau yang membaham anaksendiri (sifat tegas adalah penting untuk membentuk akhlak anak-anak).

- Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindahwarna pelangi atau semalap masa depannya. / Hadis nabi ada menyebut bahawa, anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Majusi.

- Menurut Dr. Hassan Ali, Pengarah Akademi Keluarga Bahagia Malaysia, kesejahteraan bermula dari rumah, maka ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh dengan kedamaian dan keindahan kepada anak-anak

- Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. (Kepentingan didikan agama dan moral)

- Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa benih yang bernas apabila jatuh kelaut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan jatuh ke bumi menjadi penawar. Demikianlah betapa besarnya peranan sesebuah keluarga dalam menentukan kesinambungan masyarakat madani.

- Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang.

- Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dipasak teguh dijiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu nafsi semata-mata.

- Ingatlah bahawa segala-galanya bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskancangkaliwang pada hari muka. Jadi, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini.

- Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.

- Menurut Dr. Ting Chew Peh, segelintir pelajar yang membolos sekolah berkait rapat dengan keruntuhan rumah tangga.

- Mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah berkata bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk cahaya mata mereka.

- Memetik kata-kata mantan  Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah.

- Kajian daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati bahawa kebanyakan rakyat yang terlibat dengan gejala negatif terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada mereka yang mempunyai konflik keluarga.

- Kempen yang dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi bertemakan ‘Keluarga Penyayang Aspirasi Negara’.

- Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja boleh membina peribadi mulia denganmentaati ibu bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak mereka dan menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan mereka.

- Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata peranan institusi kekeluargaan penting bagi mengatasi masalah gadis remaja kini daripada terus menjadi kes-kes jenayah.





  
MASYARAKAT
- Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun keranarambut sama hitam, hati lain-lain.

- Mafhum daripada sepotong hadis nabi yang bermaksud, jagalah masa sihatmu sebelum datang masa sakit  benar-benar menyedarkan kita bahawa kesihatan  merupakan aset  besar untuk sesuatu bangsa itu mempertahankan tamadun.

- Mafhum daripada sepotong maksud hadis yang menyatakan bahawakehidupan kita ibarat sebatang tubuh. Apabila satu daripada anggotanya sakit, justeru seluruh tubuh turut merasai sakit dan bersama-sama berjaga malam. Demikianlah gaya hidup intim yang wajar diteruskan dalam masyarakat moden kini.
- Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali.

- Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri.

- Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah bank terkemuka mendapati hanya dua bagi setiap lima  individu atau 39 peratus rakyat negara ini mengamalkan tabiat menabung.

-  Menurut statistik Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, setiap 15  minit akan berlaku satu perceraian. Perangkaan ini menunjukkan betapa rapuhnya institusi kekeluargaan di Malaysia  dan keadaan ini dapat disinonimkan bagai telur di hujung tanduk.
 - Hanya 35.6 peratus sahaja remaja yang lari dari rumah datang dari keluarga yang bercerai-berai manakala 22.2 peratus remaja mempunyai bapa yang berpoligami

- Menurut
 kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat, kebanyakan masalah sosial remaja atau hampir 50 peratus berpunca daripada keluarga yang konflik.
 Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai Ikon Membaca Kebangsaan
- Kadar membaca rakyat Malaysia telah meningkat daripada dua buah buku pada 2005  kepada lapan hingga 12 buah buku setahun pada 2010





NEGARA
- Jenayah dapat diibaratkan sebagaimusuh dalam selimut kepada negara.

- Peristiwa 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktibar bagi setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali.

- Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi, ledakan informasi yang drastik dan radikal yang sedang melanda seantero pelosok negara, hubungan antara kaum juga perlu disemarakkan.

- Mantan Presiden Amerika Syarikat, JF Kennedy  - Usahlah disoal apakah sumbangan negara kepada kamu, sebaliknya tanyalah, apakah sumbangan kamu kepada Negara

- Menurut sejarah dunia, kejatuhan Empayar Rom disebabkan oleh banyaknya kes jenayah dan keruntuhan akhlak berlaku.

- Rakyat perlu menghayati pesanan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad, iaitu seseorang yang lupa akan sejarah pasti akan mengulanginya.
 - “Bersyukur kita kerana industri pelancongan Malaysia kini menjadi penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara seterusnya menjadikan Malaysia destinasi yang terunggul, terutama sekali untuk percutian dan pelancongan insentif." Kenyataan yang disuarakan olehDato' Seri Dr.Ng Yen Yen, mantan Menteri Pelancongan Malaysia dalam laman web rasmi kementerian beliau memperlihatkan bahawa Malaysia merupakan syurga pelancongan yang kian popular dan tersohor di rantau ini.

- Menurut kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, "...kita dapat berkenalan dan menghilangkan perasaan syak wasangka terhadap orang lain, sekali gus membolehkan kita menumpukan usaha untuk menjayakan matlamat untuk menjadikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020”

- Menurut satu kajian yang dijalankan olehJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hampir 50 peratus kejadian kemalanganyang menyebabkan kematian berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri.

- Tanggal 3 April 2009, tarikh tersebut akan terus terlakar dalam sejarah negara apabila Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Beliau ialah Dato Seri Mohamed Najib Tun Razak yang meneruskan legasi kepimpinan ayahandanya Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Bukan sekadar itu sahaja, malah tarikh tersebut telah menjadi mercu tanda baru satu lagi gagasan Malaysia moden dilancarkan. Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kini menjadi landasan penting untuk pemimpin dan rakyat Malaysia menentukan arah tuju kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang menjelang hari-hari yang mendatang.

- Tun. Dr. Mahathir juga pernah berkata bahawa kita hendaklah mengetepikan emosi yang menimbulkan perpecahan, sebaliknya bersatu-padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan negara.

- Pada 31 Oktober 2006, dilaporkan bahawamantan Timbalan Perdana Mentari Britain, John Prescott menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur agama.

- Mengikut statistik yang dikeluarkan olehKementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga menunjukkan bahawa antara punca prima yang menyebabkan kanak-kanak dan remaja hilang ialah masyarakat pluralistik di Malaysia bersikap nafsi atau mementingkan diri sendiri.

- Amat mengejutkan apabila kita meneliti statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang kes buang bayi di negara kita sejak tahun 2005 hingga Januari 2012. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, mendedahkan statistik yang merisaukan khalayak. Menurut Mohd. Bakri, berdasarkan statistik PDRM, sebanyak 517 kes buang bayi direkodkan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini.

- Di Amerika Syarikat, National Incidence Studies of Missing, Abducted, Runaway, and Thrownaway Children (NISMART)telah melaporkan lebih 1 juta kanak-kanak telah hilang pada tahun 2005. Malah dilaporkan “Seorang kanak-kanak hilang di Amerika Syarikat pada setiap 26 saat”.

Di petik dari blog Cikgu Anelyza

Post a Comment

0 Comments

Ad Code