KATEGORI
KARANGAN SPM 2009 – 2014
KATEGORI DIRI / INDIVIDU / REMAJA
|
|
TAHUN
|
SOALAN
|
2009 (J)
|
Anda telah memohon biasiswa setelah mendapat tawaran untuk
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Sehubungan dengan itu,
anda perlu menghadiri temu duga bagi mendapatkan biasiswa tersebut. Jelaskan
perkara-perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan anda berjaya dalam temu duga tersebut.
|
2009 (N)
|
Aktiviti bercucuk tanam untuk keperluan
harian di sekitar kawasan rumah seperti penanaman cili, serai dan
sayur-sayuran perlu digalakkan dalam kalangan masyarakat. Huraikan
kebaikan-kebaikannya
|
2010 (J)
|
Anda telah menyertai satu pasukan
sukarelawan yang membantu mangsa bencana alam. Ceritakan pengalaman anda
semasa menjalankan tugas tersebut.
|
2010 (N)
|
Anda telah dilantik sebagai pengawas
sekolah. Sebagai pengawas, bincangkan peranan anda untuk membantu pihak
sekolah membentuk murid yang berdisiplin.
|
2011 (J)
|
Setiap individu digalakkan supaya
mempunyai bagi mengisi masa lapang. Huraikan faedah-faedah yang diperoleh
daripada sesuatu hobi.
|
2011 (N)
|
Setiap individu perlu mempunyai wawasan
untuk mencapai cita-citanya. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
merealisasikan cita-cita anda.
|
2012 (J)
|
Kejayaan seseorang anak lebih baik ditentukan oleh
anak itu sendiri daripada ditentukan oleh ibu bapa.
Bincangkan. |
2012 (N)
|
Setiap tahun sekolah anda menganjurkan
pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program
tersebut. Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program
motivasi.
|
2013 (J)
|
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa
sepanjang masa. Begitulah tingginya nilai kasih sayang yang dicurahkan oleh
ibu bapa terhadap anak-anak. Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di
atas.
|
2013 (N)
|
Akhlak yang terpuji amat penting dalam
kehidupan. Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membentuk akhlak
yang terpuji dalam diri seseorang.
|
2014 (J)
|
Penduduk di tempat anda tinggal telah
megadakan majlis sambutan hari keluarga. Ceritakan penglibatan anda
menjayakan majlis Hari Keluarga di tempat anda tinggal.
|
KATEGORI SERANTAU/ GLOBAL/ ANTARABANGSA
|
|
TAHUN
|
SOALAN
|
2009 (J)
|
TIADA
|
2009 (N)
|
Pemanasan global telah menjadi isu
antarabangsa.Sehubungan dengan itu,anda ingin menulis rencana untuk disiarkan
dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Kesan-kesan pemanasan
global terhadap bumi dan hidupannya’ Tulis rencana itu selengkapnya.
|
2010 (J)
|
Semua pemimpin negara wajar menjalin
hubungan baik antara satu sama lain. Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh
melalui hubungan baik antara para pemimpin dunia.
|
2010 (N)
|
Penyakit berjangkit seperti selsema
burung, influenza A (H1N1) dan meningitis atau radang otak telah menjadi isu
global. Huraikan langkah-langkah yang per;u diambil oleh negara-negara di
dunia untuk menangani wabak penyakit tersebut.
|
2011 (J)
|
Malaysia berhasrat untuk menjadi pusat
kecemerlangan pendidikan antarabangsa. Jelaskan langkah-lanhkah yang perlu
dilakukan untuk merealisasiakan hasrat tersebut.
|
2011 (N)
|
Kemajuan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) membolehkan masyarakat dunia kini berkomunikasi dan
memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah, cepat dan murah. Bincangkan.
|
2012 (J)
|
Penduduk dunia sering diancam bencana
alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan tsunami. Huraikan
bantuan-bantuan yang perlu dihulurkan oleh negara-negara di dunia kepada
negara-negara yang menghadapi bencana tersebut.
|
2012 (N)
|
Produk makanan halal Malaysia diiktiraf
di peringkat antarabangsa sebagai produk yang terjamin kebersihan dan
kesuciannya. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan
produk makanan halal ini.
|
2013 (J)
|
Anda ingin menyertai pertandingan pidato
yang diadakan sempena sambutan Hari Keamanan Sedunia. Tajuk pidato anda ialah
“Keamanan Dunia Milik Masyarakat Sejagat’. Tulis teks pidato anda itu
selengkapnya.
|
2013 (N)
|
Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa
membawa pelbagai kebaikan kepada Negara penganjur. Bincangkan.
|
2014 (J)
|
Perubahan cuaca dunia yang tidak menentu
perlu diberikan perhatian. Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan pada
antarabangsa untuk menangani perkara tersebut.
|
KATEGORI MASYARAKAT/ KERAJAAN/ NEGARA
|
|
TAHUN
|
SOALAN
|
2009 (J)
|
Aktiviti sukan lasak seperti berkhayak,
berbasikal lasak dan memanjat dinding semakin menarik minat masyarakat.
Huraikan kebaikan-kebaikan menyertai aktiviti sukan lasak.
|
2009 (N)
|
Pengetahuan tentang sejarah penubuhan
negara kita amat penting difahami oleh setiap rakyat demi memupuk rasa cinta
akan negara. Jelaskan pernyataan di atas.
|
2010 (J)
|
Isu kenaikan harga barang keperluan
harian perlu ditangani kerana kenaikan itu menimbulkan pelbagai kesan
terhadap rakyat di negara ini. Tulis sebuah rencana yang bertajuk ‘Peranan
pelbagai pihak dalam mengatasi isu kenaikan harga barang’.
|
2010 (N)
|
Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat
hidup bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat
bertakhta. Lirik lagu Negaraku di atas antaranya menyentuh soal perpaduan,
kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara. Huraikan peranan
setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara sebagaimana yang
dihasratkan dalam lirik tersebut.
|
2011 (J)
|
Industri kraftangan seperti anyaman,
ukiran dan tenunan semakin berkembang dan mendapat perhatian. Sehubungan itu
anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk ‘Potensi Industri Kraftangan
di Malaysia’. Tulis rencana itu selengkapnya.
|
2011 (N)
|
Anda telah menyertai pertandingan
syarahan di sekolah anda. Tajuk syarahan anda ialah ’Perpaduan Rakyat Asas
Kemajuan dan Kemakmuran negara’. Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.
|
2012 (J)
|
1. Pertambahan saluran televisyen
seperti NTV 7, TV8 dan Astro amat mempengaruhi kehidupan masyarakat di negara
kita.
Berikan pendapat anda tentang kebaikan dan keburukannya. 2. Anda ingin menyertai satu pertandingan syarahan bersempena dengan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Tajuk syarahan anda ialah ’Pertanian Satu Perniagaan’. Tulis teks syarahan itu sepenuhnya. |
2012 (N)
|
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai Bahasalah menyatukan kita semua Yakinkan bahasa
jiwa bangsa. Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu ‘Bahasa
Jiwa Bangsa”. Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada Negara kita.
|
2013 (J)
|
Hasrat kerajaan untuk mencapai status
Negara maju memerlukan persediaan dalam pelbagai aspek. Jelaskan
persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk merealisasikan
hasrat tersebut.
|
2013 (N)
|
Malaysia berhasrat untuk melahirkan
rakyat berminda kelas pertama, iaitu rakyat yang berilmu, bersahsiah terpuji
dan mempunyai daya saing yang tinggi. Huraikan kebaikan-kebaikan yang
diperoleh jika Negara kita mempunyai rakyat berminda kelas pertama.
|
2014 (J)
|
Perkembangan pelbagai bidang industri di
Negara kita seperti industri automotif, perbankan dan pelancongan telah
membuka banyak pekerjaan kepada rakyat. Ulas pernyataan di atas.
|
DIMENSI KELUARGA
|
|
TAHUN
|
SOALAN
|
2009 (J)
|
Anda mengambil bahagian dalam satu
pertandingan syarahan. Tajuk yang anda pilih ialah ‘Keluarga Bahagia Penentu
Kecemerlangan Anak-Anak’.
Tulis syarahan itu selengkapnya. |
2009 (N)
|
Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak
mereka menjadi insan yang berguna. Bincangkan usaha-usaha yang wajar
dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.
|
2010 (J)
|
Amalan meraikan hari-hari istimewa
seperti Hari Ibu,Hari Bapa dan hari lahir setiap ahli keluarga semakin
popular dalam kalangan masyarakat di negara kita. Huraikan kepentingan
meraikan hari tersebut.
|
2010 (N)
|
Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang
anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
Situasi seperti yang di atas seharusnya
tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat.
Jelaskan tanggungjawab yang sepatutunya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa. |
2011 (J)
|
Sesetengah pihak berpendapat bahawa ibu
bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak yang meningkat remaja
berbanding dengan perhatian yang diberikan semasa anak-anak di sekolah
rendah.
Berikan komen anda. |
2011 (N)
|
Perlakuan negatif seperti pergaulan
bebas, merokok dan melepak dalam kalangan remaja semakin membimbangkan semua
pihak. Huraikan peranan keluarga bagi menangani masalah ini.
|
2012 (J)
|
Kerjaya seseorang anak lebih baik
ditentukan oleh anak itu sendiri daripada ditentukan oleh ibu bapa.
Bincangkan.
|
2012 (N)
|
Kebersihan kawasan sekitar penting untuk
kesihatan dan keselesaan hidup. Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir
anggota masyarakat yang mengabaikan aspek kebersihan ini. Sehubungan dengan
itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk ‘Menjaga Kebersihan
Tanggungjawab Kita Bersama’. Tulis rencana itu selengkapnya.
|
2013 (J)
|
Masyarakat pada masa ini dikatakan
kurang bersenam dan bersukan.
Huraikan usaha-usaha yan dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggalakkan masyarakat bersenam dan bersukan. |
2013 (N)
|
Amalan pengambilan makanan segera dan
makanan ringan kurang sesuai untuk kesihatan anak-anak yang sedang membesar.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk
”Peranan ibu bapa dalam mengawal pengambilan makanan segera dan makanan
ringan dalam kalangan anak-anak. Tuliskan rencana itu selengkapnya.
|
2014 (J)
|
Penjagaan terhadap warga tua sepatutnya
diberikan keutamaan oleh ahli keluarga. Berikan hujah-hujah anda untuk
menyokong pernyataan di atas.
|
KATEGORI SASTERA
|
|
TAHUN
|
SOALAN
|
2009 (J)
|
TIADA
|
2009 (N)
|
Anda telah membaca sebuah novel yang
mengandungi banyak pengajaran. Berdasarkan novel tersebut,jelaskan
pengajaran-pengajaran yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan.
|
2010 (J)
|
Jika ilmu dikaji teliti
Di sungai cabaran tersedia titi Ilmu dituntut dengan tabah Yakin diri bertambah-tambah Petikan gurindam menggambarkan ilmu sangat penting dalam kehidupan. Bincangkan kelebihan orang yang menguasai pelbagai imu. |
2010 (N)
|
Peribahasa ‘Di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan’ membawa maksud bahawa jika ada azam dan usaha,
pasti ada kejayaan.
Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut. |
2011 (J)
|
Pula Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga Pantun di atas bermaksud budi dan jasa baik seseorang akan tetap dikenang walaupun sudah meninggal dunia. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan maksud pantun tersebut. |
2011 (N)
|
Cari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat. Cari olehmu akan kawan, Pilih segala orang setia kawan. Petikan gurindam di atas menjelaskan kepentingan memilih sahabat. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri sahabat yang baik. |
2012 (J)
|
Peribahasa ’Bertangguh itu pencuri masa’
membawa maksud bahawa melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan itu akan merugikan
diri-sendiri. Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, jelaskan
kepentingan-kepentingan menguruskan masa dengan baik.
|
2012 (N)
|
Peribahasa ‘Air dicincang tidak akan
putus’ bermaksud bahawa hubungan kekeluargaan tidak akan terputus walaupun
berlaku perselisihan faham antara anggota keluarga. Tulis sebuah cerita
berdasarkan maksud peribahasa tersebut.
|
2013 (J)
|
Anda telah menonton sebuah drama yang
disiarkan di televisyen. Drama tersebut meninggalkan kesan yang mendalam
kepada anda. Ulas aspek-aspek drama tersebut yang meninggalkan kesan kepada
anda.
|
2013 (N)
|
Anda ingin menulis sebuah cerita yang
bertemakan penghargaan terhadap jasa guru untuk dimuatkan dalam majalah
sekolah. Tuliskan cerita tersebut selengkapnya.
|
2014 (J)
|
Negara kita yang rakyatnya terdiri
daripada pelbagai kaum, kaya dengan pelbagai budaya seperti makanan, pakaian,
tarian dan alatan muzik.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk memastikan generasi muda dapat mengamalkan, menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya ini. |
0 Comments