Perasaan saling menyayangi dan hormat – menghormati sesama ahli keluarga dapat membentuk masyarakat penyayang.
Berikan pandangan anda tentang peranan ibu bapa dalam melahirkan individu yang penyayang.
Tugasan soalan:
1. Calon perlu menulis tentang peranan ibu bapa dalam
melahirkan individu yang penyayang.
2. Calon mesti menulis tugasan tentang:
2.1
Peranan ibu bapa dalam melahirkan
individu yang penyayang.
3. Jangan mencampuradukkan peranan ibu bapa dengan
pelbagai pihak
4. Sekiranya calon menjelaskan sebab-sebab semangat
sayang menyayangi dalam masyarakat semakin terhakis ditelan arus pemodenan
negara, calon hanya layak untuk mendapat markah maksimum peringkat pencapaian minimum
kerana tidak menepati kehendak soalan
Untuk memastikan karangan anda pada tahap cemerlang,
· karangan anda perlu melebihi 350 patah perkataan
· karangan anda perlu mempunyai tujuh perenggan
atau melebihi tiga muka surat. Contohnya anda menulis perenggan pendahuluan
dalam anggaran 70 patah perkataan, isi dalam anggaran 80 patah perkataan (80 X
5 isi = 400) dan penutup dalam anggaran 70 patah perkataan. Jadi, jumlah
keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak
arahan soalan.
Pendahuluan
Dewasa ini, semakin hari, semangat sayang menyayangi dalam
masyarakat semakin terhakis ditelan arus pemodenan negara.
⁃ Semangat sayang menyayangi dalam masyarakat
ialah sikap mengambil berat dan saling hormat menghormati dalam masyarakat.
⁃ Masyarakat penyayang dapat dibentuk melalui
persaan saling menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga.
⁃ Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam
melahirkan individu yang penyayang yang dapat mewujudkan masyarakat yang
penyayang.
Isi-isi penting
Perenggan 1
⁃ memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada
anak.
⁃ Kehidupan anak-anak harus diisi dengan kasih
sayang daripada ibu bapa yang dapat mnyemai sikap penyayang dalam diri mereka.
⁃ Kehadiran ibu bapa amat penting dalam tempoh
anak-anak membesar.
⁃ Kasih sayang yang dipupuk sejak kecil akan terus
sebati dalam diri mereka seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
⁃ ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk
mencurahkan kasih sayang kepada anak.
Perenggan 2
⁃ didikan agama juga perlu untuk melahirkan
individu yang penyayang.
⁃ mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama
dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
⁃ amalan-amalan ini akan melembutkan hati dan
mententeramkan jiwa serta melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Sifat ini
yang akan menjadi darah daging dalam diri anak-anak dan mendorong mereka untuk
berperilaku baik seterusnya sentiasa menyayangi keluarga.
⁃ didikan agama yang secukupnya amat penting dalam
melahirkan individu penyayang.
Perenggan 3
⁃ ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai
yang baik kepada anak-anak mereka.
⁃ Ibu bapa menjadi teladan kepada anak-anak mereka
seperti kata peribahasa melayu, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
⁃ anak-anak mencerminkan perwatakan orang tua
mereka. Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak.
⁃ Nilai-nilai baik ini akan menjadi ikutan kepada
anak-anak.
⁃ Semangat hormat menghormati dan amalan hidup
berjiran membentuk sifat penyayang dalam diri anak-anak.
Perenggan 4
⁃ keluarga yang stabil amat perlu bagi melahirkan
individu yang penyayang.
⁃ Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam membentuk
keluarga yang stabil saling menyayangi , hormat-menghormati dan cukup dari segi
kewangan keluarga.
⁃ memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli
keluarga erat bagi melahirkan keluarga yang penyayang.
Perenggan 4
⁃ Individu yang penyayang dapat dilahirkan melalui
hubungan baik dengan masyarakat sekeliling.
⁃ mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat
bagi mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat.
⁃ mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong
di kawasan tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid. Hubungan
silaturahim yang erat melahirkan individu yang penyayang.
Kesimpulan
⁃ Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam
melahirkan individu yang penyayang.
⁃ harus memainkan peranan mereka iaitu memberikan
kasih saying, didikan agama yang secukupnya, menunjukkan nilai yang baik dan
sebagainya kepada anak-anak untuk melahirkan individu yang penyayang yang akan
mewujudkan masyarakat yang sejahtera
⁃ individu yang penyayang akan mewujudkan keluarga
cemerlang seterusnya melahirkan bangsa terbilang.
0 Comments