WATAK & PERWATAKAN WATAK UTAMA
Badri
1.
Anak sulung kepada Mak Siti, abang kepada
Badrul.
2.
Seorang pengawas sekolah
3.
Berperawakan segak, berdedikasi dan berwibawa
4.
Bertanggungjawab - sebagai seorang pengawas
sekolah, Badri sedar dia harus menggalas tugas berat dan perlu menunjukkan
perilaku yang baik
5.
Berdisiplin - Badri tidak pernah melanggar
peraturan sekolah
6.
Menepati masa dan seorang yang sistematik -
setiap hari, seawal pukul 6.40 pagi Badri sudah menunggu bas awam untuk pergi
ke sekolah.
7.
Setia dalam persahabatan - Badri bersahabat baik
dengan Jamil dan banyak membantunya dalam pelajaran.
8.
Berani menghadapi cabaran - Badri tidak gentar
apabila berdepan dengan pelajar yang berlagak samseng, suka melanggar
peraturan, ditangkap menggunakan telefon bimbit semasa di sekolah.
9.
Rajin mengulang kaji pelajaran - mengajak Siew
Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.
10.
Berpendirian teguh atau berprinsip - tidak
mengendahkan usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew
Mei.
WATAK SAMPINGAN
Shahrul
1.
Salah seorang rakan Badri, anak orang berada
2.
Berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong
3.
Berlagak dan sombong - Shahrul tidak betah
tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.
4.
Materialistik - Shahrul terlibat dalam kegiatan
penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi
membeli barangan mewah dan berjenama.
5.
Suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan
budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.
6.
Berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak
menjadi pengawas.
7.
Panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar
Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.
8.
Mudah terpikat dengan gadis cantik - berani
membawa keluar Nadira menunggang motosikal.
9.
Mementingkan diri sendiri – Shahrul meninggalkan
Nadira keseorangan ketika polis cuba menangkap rakan-rakan mat rempitnya.
10.
Memperalat orang lain untuk tujuan jahatnya –
Shahrul menyuruh Kumar untuk memasukkan sesuatu ke dalam beg Meng Kong supaya
Meng Kong dibuang asrama.
11.
Pendendam – Shahrul meminta Din untuk memukul
Badri bagi melepaskan dendamnya terhadap Badri.
Nadira
1.
Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari
Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala
Lumpur.
2.
Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.
3.
Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah
dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon bimbit yang dijumpai di dalam
beg Badri.
4.
Mengalami kejutan budaya - setelah berada di
Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju
senteng.
5.
Ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan
nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa
dengan perkara tidak berfaedah.
6.
Tidak mendengar nasihat - Nadira enggan menerima
nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur tentang penampilannya.
7.
Tidak menghormati orang lain – meninggikan suara
ketika kakaknya menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok
mata.
8.
Suka membazirkan masa – sering membazirkan masa
dengan bersiar-siar dan melepak di kompleks beli belah bersama-sama Shahrul.
Meng Kong
1.
Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon
bimbit.
2.
Rakan kepada Shahrul dan Kumar
3.
Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan
telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di sekolahnya.
4.
Mata duitan atau materialistik - Meng Kong
sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga
mencecah hampir dua ribu ringgit.
5.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah
bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf
daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
6.
Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong
sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.
Kumar
1.
Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng Kong dalam
perniagaan menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah.
2.
Menyimbah air ke atas Badri semasa Badri di
dalam tandas.
3.
Benci dan marah terhadap Badrul yang menyebabkan
telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu Jailani.
4.
Mata duitan atau materialistik – Kumar bersama
dua rakan karibnya Shahrul dan Meng Kong terlibat dalam kegiatan penjualan
telefon bimbit dan kad prabayar untuk memperoleh wang lebih.
5.
Mudah dipergunakan oleh orang lain – Kumar cuba
memfitnah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama atas arahan Shahrul.
6.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan – Tidak mahu
lagi dipergunakan oleh Shahrul. Sedar bahawa dia telah banyak ketinggalan dalam
pelajarn.
7.
Berubah menjadi baik setelah beberapa kali
diberi sesi kaunseling – mula akrab dengan Badri dan mengulang kaji pelajaran
bersama-sama.
Jamil
1.
Kawan baik kepada Badri. Menasihati Badri
tentang risiko menjadi pengawas.
2.
Terlibat dalam bisnes menjual telefon bimbit
terpakai dan kad prabayar yang dijalankan oleh Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
3.
Menjauhkan diri daripada Badri setelah Badri
mengetahui kegiatannya.
4.
Kelurganya menghantar Jamil ke Sarawak setelah
mendapati dia mempunyai masalah dengan kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
5.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan - berhenti
daripada menjual barangan milik
6.
Meng Kong setelah Meng Kong menuduhnya mencuri
telefon bimbit.
Cikgu Jailani
1.
Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
2.
Tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada
pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
3.
Adil - mengarahkan supaya para pengawas
mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan
yang terdiri daripada 3 orang pengawas.
4.
Rasional - menyelidiki kes Badri disiram air
ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam
beg Badri.
5.
Bertolak ansur - meskipun Kumar kerap melakukan
kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi
kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.
0 Comments