2014 - Cikgu BM Tingkatan 5

Hot

Post Top Ad

Monday, November 24, 2014

Pentingnya Sukan Kepada Pelajar

4:37 PM 0


Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan dihadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
 
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.

Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi kemahiran berguna secara rekreasi serta peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda aras terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur.

Terdapat perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Sekiranya aktiviti itu  melibatkan peserta yang berkemahiran ianya dikira sukan. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra sejarah untuk mengkaji sukan dan manusia.

Semangat kesukanan mampu mencorakkan peribadi positif seseorang. Penyertaan dalam sukan menjadikan diri lebih bersemangat, berani bertarung, taktikal, positif dan lain-lain lagi. Ahli sukan menonjolkan sifat keberanian dengan bertarung dengan pihak lawan demi memenangi sesuatu perlawanan. Justeru, mereka juga berani mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Cikgu BM Tingkatan 5

Walau bagaimanapun tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan.

Penggiat sukan rekreasi selalunya akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu jenis sukan daripada persatuan sukan seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atau dengan mewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan berubah daripada aktiviti rekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan yang baru muncul ialah berbasikal BMX, meluncur dan sebagainya.

Aspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telah membawa kepada profesionalisme dalam sukan. Ini telah menyebabkan beberapa konflik, di mana bayaran dilihat lebih penting daripada aspek rekreasinya atau sukan telah menjadi lebih menguntungkan dan terkenal yang akhirnya menyebabkan kehilangan tradisi bagi sesetengah orang atau masyarakat. Contoh yang paling ketara ialah bola sepak telah mengubah pengisian masa lapang bagi hampir seluruh populasi dunia.


Read More

Monday, May 19, 2014

Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia

1:34 AM 0



Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara  yang unit lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Perpaduan kaum di terapkan di peringkat sekolah lagi
Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat  perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan  bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan  Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu’ pucuk dicta, ulam mendatang’ kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.

Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya  terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya  mencetuskan keharmonian negara,

Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu  satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.

Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan kata ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.


Read More

Wednesday, March 26, 2014

Formula tatabahasa untuk memantapkan kemahiran tatabahasa anda - 3

12:14 AM 0

Pembelajaran tatabahasa dalam Bahasa Melayu seperti Golongan Kata, Kata Nama, Kata Ganti, Kata Kerja, Kata Adjektif, Kata Hubung, Kata Seru, Kata Tanya, Kata Perintah, Kata Pangkal Ayat, Kata Bantu, Kata Penguat, Kata Penegas, Kata Nafi, Kata Pemeri, Kata Sendi Nama, Sendi 2, Kata Pembenar, Kata Bilangan, Kata Keterangan, Kata Arah, Pengimbuhan, Pengandaan, Ayat Inti, Ayat Majmuk, Ayat Aktif, Ayat Pasif, Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan, Sinonim, Antonim, Kata Banyak Makna, Penjodoh Bilangan, Tanda Baca, Simpulan Bahasa, Perumpamaan Pepatah dan sebagainya. 


21
ayat pasif = 7  jenis;  1.di....oleh,   2. di,    3.  kena....oleh,    4. kena.., 5. ter…..oleh,   6. ke….an,   7. tiada di oleh(KGND 1,2)
1
Kuih itu dimakan oleh bapa.
/
Ayat pasif bagi KGND   3 dengan imbuhan di......oleh, oleh boleh gugur
2
Kuih itu dimakan bapa.
/
3
Kuih itu dimakan oleh bapa.
/
Ayat pasif menggunakan imbuhan ter .... oleh tidak boleh gugur
4
Kuih itu termakan oleh bapa.
/
5
Kuih itu termakan bapa.
x

6
Kuih itu kena makan oleh bapa.  
/

7
Kuih itu kena makan bapa. 
/

8
Pencuri itu tertangkap polis.
/

9
Pencuri itu kena tangkap polis.
/

10
Dia basah kuyup kerana kehujanan. 
/

11
Saya tertarik dengan keindahan tasik itu.
x

12
Saya tertarik oleh keindahan tasik itu.
/



22
angka-huruf   =   ada   - ( Untuk memisahkan angka dan huruf)
1
1950an
x

2
1950-an
/

3
1950 – an
x

4
lima puluhan
/

5
lima puluh an
x




23
lain = di akhir ayat,  1x  ( Hukum DM  -Diterang –   D ( Fokus) Menerang – M (Huraian fokus)
1
masalah-masalah lain
/

2
lain-lain masalah
x

3
perkara-perkara lain
/

4
lain-lain perkara
x

5
hal-hal lain
/


24
akan = tiada imbuhan (Selepas kata adjektif / kata kerja tidak perlu diikuti akan) imbuhan tidak boleh ditulis akan)
1
menyayangi akan anaknya
x

2
sayang akan anaknya
/

3
sayang  anaknya
x

4
merindui ibunya
/

5
rindu akan anaknya
/


Bahasa Melayu SPM

25
saling  = 1x,  ( tidak perlu diikuti kata ganda saling)
1
Daud dan Arif saling kejar-mengejar
x

2
Daud dan Arif saling mengejar
/

3
Daud dan Arif kejar-mengejar
/

4
Perompak dan anggota polis itu saling menembak.
/

5
Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak.
/


26
kata ganda bagi imbuhan pinjaman    = 2x (juruterbang digabungkan)
1
juru-juruterbang
x

2
juruterbang-juruterbang
/

3
olahragawan-olahragawan
/

4
olah-olahragawan
x

5
seniman-seniman
/




27
kata ganda bagi kata nama = 2x kata pertama
1
guru-guru besar
/
= banyak guru besar
2
guru besar-guru besar
x

3
guru besar-besar
/
= banyak guru yang besar
4
alat-alat tulis
x

5
alat tulis-alat tulis
/


28
kata penguat bebas  = ( Hadir sama ada hadapan atau akhir  k. adjetif )
1
sangat cantik
/

2
cantik sangat
/

3
amat kejam     
/

4
kejam amat     
/

5
bijak sungguh
/


29
sekali = tidak perlu ter dan paling
1
KLCC tertinggi sekali.
x

2
KLCC tertinggi.
/

3
KLCC tinggi sekali.
/

4
KLCC paling tinggi sekali.
x

5
KLCC tinggi sekali.
/


30
ku/ kau = 1 perkataan, kau tidak boleh di akhir, tidak boleh ada  kah,  tiada imbuhan, perlu lengkap di permulaan ayat yang membawa tugas sebagai subjek.
1
Buku itu telah kuambil.
/

2
Buku itu telah kumengambil.
x

3
Ke mana kaupergi tadi? 
/

4
Itu adikkau?
x

5
Kausakitkah?
x

6
Kau patut menziarahi pesakit tersebut.
x

7
Engkau patut menziarahi pesakit tersebut.
/

8
Ku telah membeli “Kamus Pelajar.”
x

9
Aku telah membeli “Kamus Pelajar.”
/



Contoh soalan tatabahasa
Read More

Post Top Ad

Your Ad Spot